Teori tentang bentuk bumi bundar seperti bola dinyatakan Geographer dan Cartographer (pembuat peta) Islam dari abad ke-12 M oleh Abu Abdullah Muhammad Ibnu Al Idrisi Ash Sharif.
Abu Abdullah Muhammad Ibnu Al Idrisi Ash Sharif
Pada tahun 1154 M, Al Idrisi ilmuwan dari Cordoba telah berjaya membuat peta bola bumi atau globe dari perak.
Bola bumi yang diciptakannya itu memiliki berat sekitar 400 kilogram.
Bumi serta segala isinya merupakan bidang kajian yang menarik perhatian bagi para ilmuwan Islam di era keemasan.
Peradaban Islam terbukti lebih awal telah menguasai ilmu bumi dibandingkan dengan masyarakat Barat.
Ketika Eropah terkongkong dalam ‘kegelapan’ dan masih meyakini bahawa bumi itu datar, para ilmuan Islam pada abad ke-9 M telah menyatakan bahawa bumi itu bundar seperti bola.
Wacana bentuk bumi bundar baru berkembang di Barat pada abad ke-16 M Adalah Nicoulas Copernicus yang mencetuskannya.
Nicoulas Copernicus
Di tengah kekuasaan Gereja yang dominan, Copernicus yang lahir di Polandia melawan arus dengan menyatakan bahawa seluruh alam semesta merupakan bola.
Sejarah Barat kemudian mendakwa bahawa Copernicuslah ilmuwan pertama yang mencetuskan teori bumi bulat.
Dakwaan Barat selama berabad-abad itu akhirnya telah dipatahkan.
Sejarah telah mencatatkan bahawa para ilmuan Islamlah yang mencetuskan teori bentuk bumi itu.
Para sejarawan bahkan memiliki bukti bahawa Copernicus banyak terpengaruh oleh hasil pemikiran ilmuwan Islam.
Para sejarawan sains sejak tahun 1950-an mengkaji hubungan Copernicus dengan pemikiran ilmuwan Islam dari abad ke-11 M hingga 15 M.
Hasil penelitian yang dilakukan Edward S Kennedy dari American University of Beirut menemukan adanya kesamaan antara matematik yang digunakan Copernicus untuk mengembangkan teorinya dengan matematik yang digunakan para astronomi Islam dua atau tiga abad sebelumnya.
Copernicus ternyata banyak terpengaruh oleh astronomi Islam, seperti Ibn Al Shatir (wafat 1375 M), Mu’ayyad Al Din Al ‘Urdi (wafat 1266 M), dan Nasir Al Din Al Tusi (wafat 1274 M).
Ibn Al Shatir
Mu’ayyad Al Din
Nasir Al Din Al Tusi
Seperti halnya peradaban Barat, masyarakat Cina yang lebih dahulu mencapai kejayaan dibandingkan dunia Islam pada awalnya meyakini bahawa bumi itu datar dan kotak.
Orang Cina baru mengubah keyakinannya tentang bentuk bumi pada abad ke-17 M setelah berakhirnya era kekuasaan Dinasti Ming.
Sejak abad itulah, melalui risalah yang ditulis Xiong Ming-yu dengan judul Ge Chi Cao, wacana bentuk bumi bundar seperti bola mulai berkembang di Negeri Tirai Bambu itu.
Beberapa abad sebelum dua peradaban besar itu mulai mengakui bahawa bentuk bumi bundar, dunia Islam telah membuktikannya.
Di bawah kepemimpinan Khalifah Al Ma’mun, pada tahun 830 M, Muhammad bin Musa Al Khawarizmi beserta para astronomi lainnya telah membuat peta globe pertama.
Muhammad bin Musa Al Khawarizmi
Tidak hanya itu, para Ilmuan Islam di era itu juga mampu mengukur volume dan mengelilingi bumi.
Di waktu itu, para astronomi Islam menyatakan bahawa ukur lilit bumi mencapai 24 ribu mil atau 38,6 ribu kilometer.
Perkiraan yang dilakukan pada abad ke-9 M itu hampir tepat.
Sebab, hanya berbeza 3,6 peratus dari perkiraan yang dilakukan para ilmuwan di era moden ini.
Sebuah pencapaian yang gemilang dan mungkin belum pernah terfikir oleh peradaban Barat pada masa itu.
Atas permintaan Khalifah Abbasiyah ketujuh, para astronomi Islam berjaya mengukur jarak antara Tadmur (Palmyra) hingga Al Raqqah di Syria.
Para ilmuan Islam menemukan fakta bahawa kedua kota itu ternyata hanya terpisah oleh satu darjah garis lintang dan jarak kedua kota itu mencapai 66 2/3 mil.
Pada abad ke-10 M, ilmuwan Islam bernama Abu Raihan Al Biruni (973 M-1048 M) juga mengukur jari-jari bumi.
Abu Raihan Al Biruni
Menurutnya, jari-jari bumi itu mencapai 6339,6 kilometer.
Pengukurannya itu hanya kurang 16,8 kilometer dari nilai perkiraan ilmuwan modern.
Di waktu itu, Al Biruni mengembangkan metode baru dengan menggunakan perhitungan trigonometri yang didasarkan pada sudut antara sebuah daratan dengan puncak gunung.
Pada globe itu, Al Idrisi menggambarkan enam benua yang dilengkapi jalur perdagangan, danau, sungai, kota-kota utama, daratan, serta gunung-gunung.
Tidak hanya itu, globe yang dibuatnya itu juga sudah memuatkan informasi mengenai jarak, panjang, dan tinggi secara tepat.
Guna melengkapi bola bumi yang dirancangnya, Al Idrisi pun menulis buku berjudul Al Kitab Al Rujari atau Buku Roger yang didedikasikan untuk sang raja.
Penjelajah asal Sepanyol, Christopher Columbus, kemudian membuktikan kebenaran teori yang diungkapkan Al Idrisi.
Christopher Columbus
Berbekalkan peta yang dibuat Al Idrisi, Columbus mengelilingi bumi dan menemukan Benua Amerika yang disebutnya sebagai ‘dunia baru’.
Padahal, bagi para penjelajah Muslim, benua itu bukanlah dunia baru kerana telah disinggahi beberapa abad sebelum Columbus.
Dalam ekspedisi yang dilakukannya itu, Columbus meyakini bahawa bentuk bumi adalah bulat.
Secara rasmi, para ilmuwan Islam telah mengeluarkan kesepakatan bersama dalam bentuk ijmak tentang bentuk bumi bundar.
Teori bentuk bumi bulat diyakini oleh Ibnu Hazm (wafat 1069 M), Ibnu Al Jawi (wafat 1200 M), dan Ibnu Taimiyah (wafat 1328 M).
Ibnu Hazm
Penegasan ketiga tokoh Islam itu untuk memperkuatkan hasil penelitian dan penemuan yang dicapai astronomi Islam dan Ilmuan Islam dalam bidang Matematik.
Secara sepakat, Abul Hasan ibnu Al Manaadi, Abu Muhammad Ibnu Hazm, dan Abul Faraj Ibnu Al Jawzi telah menyatakan bahawa bentuk bumi adalah bundar (istidaaratul aflaak).
Abul Hasan ibnu Al Manaadi
Ibnu Taimiyah melandaskannya pada Al Quran surat Azzumar ayat 5.
Allah SWT berfirman,
’... Dia memutarkan malam atas siang dan memutarkan siang atas malam ....’‘
Ibnu Taimiyah
Selain itu, para ulama juga berpegang pada surat Al Anbiyaa ayat ke 33.
Allah s.w.t berfirman,
‘’Dan, Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan.
Masing-masing dari keduanya itu beredar (falak) di dalam garis edarnya.’‘
Kata ‘falak’ di dalam ayat itu, menurut para ulama, bererti bundar.
Ibnu Taimiyah secara tegas kemudian menyatakan bahawa bentuk bumi bulat seperti bola.
Penegasan bentuk bumi bundar juga dinyatakan Abu Ya’la dalam karyanya berjudul Tabaqatal-Hanabilah.
Abu Ya’la
Dalam kitab itu, Abu Ya’la mengutip sebuah ijmak para ulama Islam yang bersepakat bahawa bentuk bumi itu bundar.
Ijmak itu diungkapkan oleh generasi kedua murid-murid para sahabat Nabi Muhammad SAW.
Ilmuwan terkemuka Ibnu Khaldun (wafat 1406 M), dalam kitabnya yang fenomenal berjudul Muqaddimah, juga menyatakan bahawa bumi itu seperti bola.
Ibnu Khaldun
Pendapat itu diperkuat oleh Imam Ibnu Hazm Rohimahulloh dalam Al Fishol fil Milal wan Nihal.
Menurutnya, tidak ada satu pun dari ulama kaum Muslimin,semoga Allah s.w.t meredhai mereka yang mengingkari bahawa bumi itu bundar dan tidak dijumpai bantahan atau satu kalimat pun dari mereka."
LAGI FAKTA TENTANG BUMI INI BULAT...
1. Cuba kamu berjalan kearah barat atau timur terus menerus, maka suatu
ketika nanti anda akan sampai ke tempat anda mulakan perjalanan.
2. Jika kamu sekarang berada di malaysia pada jam 3 pm,cuba anda
hubungi saudara kamu yang berada di Arab Saudi dan tanyakan jam berapa
disana,pasti dia akan menjawab bahawa di Arab Saudi jam 11 am .
Juga hubungi saudara kamu atau kawan kamu yang berada di ATLANTIK pasti dia akan
mengatakan di sana waktu itu pada jam 4 am.
Seandainya bumi itu datar,maka mungkinkah itu terjadi?
3. Pergilah ke tepi laut, lihatlah kapal yang pergi berlayar meninggalkan tepi pelabuhan,
maka akan anda saksikan bahawa semakin jauh ia
semakin turun dan akhirnya yang kelihatan hanyalah bahagian atasnya sahaja lalu beberapa
waktu kemudian ia akan menghilang.
Seandainya bumi ini datar maka sepatutnya kapal tersebut semakin lama semakin mengecil lalu akhirnya hilang di kejauhan.
4. Yang lebih mudah dari semua yang diatas, lihatlah ke arah langit,
lihatlah awan yang berada di arah ufuk, maka akan anda lihat bahawa
awan itu seakan-akan muncul dari bumi, padahal dipastikan bahawa awan yang kita
lihat muncul dari bumi dan seakan-akan melekat dengan bumi itu adalah
setinggi awan yang berada di atas kepala kita, bukankah itu bukti nyata bahawa
bumi itu berbentuk bulat?
'Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan?,
(Surah An Naba - 78 : 6)
Perhatikan kata-kata : "SEBAGAI". yakni bererti seolah-olah bagai.
Seolah-olah bagai suatu hamparan bagi manusia, padahal bentuk sebenarnya adalah bulat.
Dan bumi bagaimana dihamparkan” ?
(Al-Ghasyiyah 88 : 20)
Kalimat al-Gasyiyah ini ( yang di hamparkan ), meskipun di dalam Al-Qur’an di gunakan ayat "dihamparkan" akan tetapi ini bukan bererti bahawa bumi itu bentuknya tidak bulat.
para ahli tafsir sendiri telah mangatakan bahawa:
“Semua bahagian bumi saling berhubungan yang menyebabkan bentuk planet bumi seperti bola.
Meski demikian Allah s.w.t telah menghamparkan permukaan bumi ini untuk kita dan Allah s.w.t telah menempatkan gunung-gunung diatasnya dengan kukuh, menempatkan haiwan dan laut di atasnya sebagai kurniaan nikmat Allah s.w.t untuk kita.
Dan ini adalah dalam pandangan MIKRO hubungan bumi dengan manusia..
Ia memancarkan daripadanya mata airnya, dan (menumbuhkan) tumbuh-tumbuhannya.
Dan gunung-gunung dipancangkan-Nya dengan teguh,
(semua itu) untuk kesenanganmu dan untuk binatang-binatang ternakmu.
(79.Surah An Naazi´aat - 31. 33)
"Dan bumi itu kami hamparkan, Maka sebaik-baik yang menghamparkan (adalah Kami)".
(Adz-Dzariyaat: 51).
Ayat yang tersebut di atas tidak boleh di sangkal lagi tentang kebenarannya yaitu Allah s.w.t menyatakan bahawa Dialah sebaik-baik yang menghamparkan..
kalau ikut logik akal kita nescaya kita akan mengatakan jika bumi ini bulat tentulah sesiapa yang berada di bawah akan jatuh (datar) dengan mengemukakan ayat-ayat "hamparan" yang terdapat di dalam Al - Quran tersebut..
sebagai contoh,kamu ambil sebiji bola kemudian kamu letakkan batang-batang mancis di semua bahagian bola itu..
kamu rasa dapatkah kamu mengelakkan supaya batang-batang mancis yang berada di bahagian bawah bola itu agar tidak jatuh??
tentulah yang berada di bahagian bawah itu akan jatuh pada fikiran kita..
tetapi di dalam ayat yang di terangkan di dalam surah (Adz-Dzariyaat: 51).
jelas sekali Allah s.w.t memberitahu kita bahawa Allah s.w.t adalah
SEBAIK-BAIK YANG MENGHAMPARKAN..
maknanya walaupun bumi ini bulat namun segala isi-isinya tidak akan jatuh..
jadi Allah s.w.t menegaskan bahawa Dia adalah sebaik-baik yang menghamparkan..
Sebagaimana yang telah di sebutkan di dalam Al-Qur’an Surah Adz-Dzariyaat ayat 51 tadi.
Jadi, bumi yang Allah s.w.t ciptakan ini dalam keadaan datar dilihat dari permukaannya sehingga manusia dapat hidup diatasnya dan tinggal di atasnya dengan baik.
Fakta bahawa bumi bulat tidak pula menafikan bahawa permukaan bumi adalah datar (dihamparkan).
Kerana sesuatu yang berbentuk bulat dan berukuran sangat besar jika permukaannya datar maka permukaan tersebut akan terhampar.
Dan bumi bagaimana dihamparkan ?”
(Al-Ghasyiyah 88 : 20)
Allah s.w.t bertanya kepada kita,bagaimana hebatnya Allah s.w.t menghamparkan bumi ini untuk kita..
ALLAHUAKBAR!!!
betapa hebatnya Allah s.w.t,walaupun bumi ini bulat namun Allah s.w.t menjadikannya sebagai hamparan pada pandangan kita,dan kita selesa tinggal di dalamnya..
yang jelas,
memang terdapat banyak di dalam Al-Quran kata hamparan namun kita harus fahami bahawa ungkapan-ungkapan Al-Quran mempunyai bahasa sastera yang tinggi..
ingatlah, akal hanya wajib membenarkan apa yang datang dari wahyu, sedangkan wahyu tidak wajib membenarkan apa yang datang dari akal.
sehingga apabila suatu waktu terjadi pertembungan antara wahyu dengan logik akal, maka wajib mendahulukan wahyu di atas akal…
cuba anda fahami ayat yang saya petik di bawah ini..
"Hingga apabila dia telah sampai ketempat terbenam matahari,
DIA MELIHAT MATAHARI TERBENAM DI DALAM LAUT YANG BERLUMPUR HITAM, dan dia mendapati di situ segolongan umat.
Kami berkata:
"Hai Dzulkarnain, kamu boleh menyiksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka.
(Al Kahfi 18 : 86)
Apakah kamu akan fikir matahari terbenam di laut berlumpur hitam???
kenyataan Al -Quran ini bermaksud di suatu tempat...
pernah anda dengar “LAUT MERAH”.
Kita semua pasti tahu dan pernah mendengar akan Laut Merah.
Laut tersebut disebut Laut Merah bukan kerana airnya berwarna merah.
Airnya tetap bening seperti air biasa.
Yang membuatkan warnanya berwarna merah adalah kerana di dasarnya penuh sejenis ganggang yang berwarna merah atau sejenis koral yang berwarna merah.
Kita juga tahu bahawa Langit berwarna biru.
Sebenarnya, cahaya merupakan salah satu bentuk tenaga.
Cahaya matahari yang dipancarkan itu kelihatannya putih tetapi sebenarnya ia merupakan gabungan warna-warna lain seperti merah, jingga, kuning, hijau, biru dan violet.
Anda boleh memerhatikannya pada kejadian pelangi yang mana ia mengandungi kesemua warna-warna ini.
Langit yang kita pandang setiap hari itu mengandungi udara.
Dan udara itu sendirinya mengandungi beberapa jenis molekul gas, serta beberapa lagi campuran habuk dan sebagainya.
Cahaya matahari yang dipancarkan ke udara di langit akan mengena kepada molekul-molekul gas itu tadi dan seterusnya akan memantulkan cahayanya kepada beberapa arah.
Sesetengah warna seperi jingga dan kuning akan bergerak terus sahaja, manakala warna biru pula akan memantul ke semua arah. Dengan ini, cahaya warna biru akan bertebar ke seluruh ruang udara di langit.
Jadi, bila anda melihat ke atas langit, cahaya-cahaya biru ini akan sampai ke mata anda dan langit akan kelihatan berwarna biru.
Demikian juga dengan “LAUT HITAM”.
Laut Hitam berwarna hitam kerana dasarnya penuh Lumpur yang berwarna hitam.
ini bukan bermakna matahari terbenam di laut berlumpur hitam..
Hal itu sudah dibuktikan dalam ilmu Geografi.
Jadi kalau ayat tersebut menyebut Laut Hitam atau Laut Yang Ber-Lumpur Hitam berarti mengacu pada hal yang sama.
Laut Hitam adalah penyebutan secara umum.
Laut Ber-Lumpur Hitam adalah sebutan secara terperinci.
Jadi kemungkinan yang dimaksudkan pada ayat di atas adalah Laut Hitam (Black Sea), yang ada di antara Russia dan Turki.
"Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu.
Adapun orang-orang yang beriman, maka mereka yakin bahwa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan:“Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?”
Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan Allah, dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberi-Nya petunjuk.
Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik,
(yaitu) orang-orang yang melanggar perjanjian Allah sesudah perjanjian itu teguh, dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah (kepada mereka) untuk menghubungkannya dan membuat kerusakan di muka bumi.
Mereka itulah orang-orang yang rugi.
(Al Baqarah 2 : 26-27)
Wallahu'alam...
0 comments:
Post a Comment